DANIIL Medvedev mencipta kejutan dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila menumbangkan juara bertahan dan juga pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, dalam aksi separuh akhir di New York pagi tadi.

Pemain Rusia berusia 27 tahun itu, yang merupakan juara di Flashing Meadows pada 2021, akan berdepan Novak Djokovic -- yang merupakan lawan ditumbangkannya ketika memenangi gelaran grand slam pertama dan satu-satunya sepanjang kariernya setakat ini di venue sama.

Medvdev ke final selepas menang 7-6, 6-1, 3-6, 6-3.

Ramai menjangkakan Alcaraz akan ke final bagi mengulangi aksi epik final Kejohanan Wimbledon dengan Djokovic yang dimenangi jaguh Sepanyol itu.

Bagaimanapun, pemain nombor tiga dunia, Medvedev, mempunyai idea berbeza, di mana dia bangkit daripada ketinggalan dengan servis hampir sempurnanya, sekaligus memberikan cerminan bahawa dia sudah kembali ke tahap terbaik seperti sewaktu bergelar juara kejohanan itu dua tahun lalu. -- Stadium Astro